Bantuan Banjir: PAS jangan cuba nak tunjuk baik


Kejadian banjir di Pulau Pinang yang disifatkan sebagai yang terburuk di negeri itu sememangnya mengejutkan semua pihak sehinggakan Ketua Menteri Lim Guan Eng terpaksa merayu pertolongan dari kerajaan pusat.

Hujan yang lebat selama 15 jam tanpa henti menyebabkan kawasan yang sebelum ini tidak pernah dinaiki air tenggelam sehingga ke paras bumbung.

Kerajaan negeri pimpinan DAP menerima pelbagai bantuan baik dari kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri yang lain seperti Johor, Kelantan dan Terengganu.

Kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan peruntukan dana segera sebanyak RM50,000 kepada Pulau Pinang bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.

Kita semua tahu, PAS telah memutuskan hubungan dengan Pakatan Rakyat atas sebab DAP menolak sekerasnya hukum hudud yang dibawa oleh PAS.

Malah, Presiden PAS sendiri telah menyatakan yang parti itu tidak akan sesekali bekerjasama atau membantu DAP selepas ini.

Adakah ada sesuatu yang PAS cuba sorokkan? Atau mereka sengaja mahu menunjuk-nunjuk kononnya PAS adalah sebuah parti yang baik kerana apa yang kita tahu, PAS adalah sebuah parti yang penuh hasad dengki dan dendam.

Baca: Dendam punca PAS 'gempur' Wisma Tok Guru

Semoga Lim Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak termakan dengan tipu helah oleh PAS ini.

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.