Banjir P.Pinang : PAS bawa Tabung kutip derma dengan mangsa banjir


Banjir Pulau Pinang menjadi pesta bagi parti UMNO dan PAS mengambil kesempatan untuk membantu pada hakikatnya Kerajaan di bawah Kepimpinan Lim Guan Eng (Pakatan Harapan) boleh menguruskan sendiri tanpa perlu sebarang bantuan luar.

Apa yang lebih memalukan Unit Amal PAS terutama daripada Johor yang menghantar Sukarelawan ke peneng datang dengan tabung meminta derma dengan mangsa banjir untuk di agihkan kepada mangsa yang lain, tidakkah tindakan yang mereka buat ini hanya untuk 'millage' politik semata-mata dan tindakan bodoh untuk menunjukkan mereka boleh membantu.

Lebih baik Skuad Sukarelawan TTB di bawah UMNO Terengganu yang datang tidak menyusahkan mangsa banjir dengan bajet sendiri dan sanggup bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Pulau Pinang (PBT) di bawah Kerajaan Negeri walaupun datang tidak di undang, tapi ada inisiatif sendiri.

Jika niat betul ingin menolong janganlah datang menyusahkan mangsa banjir akhirnya 'kebodohan' parti itu boleh di nilai sendiri oleh rakyat.



Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 akan diberikan secara (one-off) kepada mangsa banjir yang melanda Pulau Pinang baru-baru ini. Ia membabitkan peruntukan sebanyak RM50 juta yang akan disalurkan kepada kira-kira 100,000 isi rumah yang terlibat.

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.