Ajar Remaja Cara Seks Selamat - Ketua Armada Malaysia



Kadar kes jenayah pembuangan anak akibat seks bebas di negara kita kini pada paras membimbangkan. 

Jika sebelum ini mereka sering dipersalahkan akibat kurangnya didikan agama, penekanan terhadap ajaran Islam semata-mata kini terbukti tidak mampu untuk membendung gejala pergaulan bebas yang menjurus kepada permasalahan ini. 

Bahkan, negeri-negeri yang mencatat rekod kes pembuangan anak yang tertinggi adalah dari Pantai Timur yang sering menerapkan ajaran Islam lebih-lebih lagi Terengganu dan Kelantan yang terkenal dengan nama Serambi Mekah.

Melihat serius kepada gejala ini, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq menzahirkan kerisauan beliau di laman sosial Twitter miliknya dan menyarankan isu ini segera ditangani.

Syed Saddiq dalam pada itu yakin sudah tiba masanya pihak berwajib memandang serius permasalahan ini dan menyarankan anak-anak muda diajar untuk mengamal dan mempraktikkan hubungan seks secara selamat.




Ini merupakan satu saranan yang baik supaya generasi muda ini tidak cenderung kepada melakukan jenayah yang lebih besar.

Jangan kerana sibuk berdakwah politik, negeri terabai dengan isu-isu moral yang lebih besar dan memalukan.

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.