UMNO Kunci Tadika Kemas - Razali Idris

Taktik jahat UMNO yang menjadi propaganda sewaktu zaman pemerintahan PAS di Terengganu akhirnya dibongkarkan.

Menerusi sumber dari komen Facebook milik Abu Suffian Ibrahim selaku penyokong PAS, Pengerusi PPBM Terengganu, Razali Idris mendedahkan bahawa Tadika Kemas telah dikunci sendiri oleh orang-orang UMNO bagi memburukkan PAS.


Razali yang membuat pengakuan tersebut mahu penyokong PAS sedar bahawa propaganda UMNO adalah berniat jahat dan menyeru penyokong PAS untuk tidak bekerjasama dengan UMNO pada PRU 14 yang akan datang.

Pakatan Harapan sentiasa membuka jalan kerjasama kepada mana-mana parti yang mempunyai visi yang sama dalam menumbangkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

Di Terengganu; PPBM yakin PAS tidak akan menjalinkan sebarang kerjasama dengan UMNO memandangkan dendam terdahulu yang pernah meruncing masih belum padam.

Walaupun ura-ura mengenai UG atau kerjasama PAS dan UMNO di peringkat pusat hangat diperkatakan, namun kerisauan ini tidak timbul di negeri Terengganu kerana PAS di negeri ini terus menggasak UMNO setiap hari.

Malah pendedahan yang dilakukan oleh PPBM turut menjadi bonus dan bantuan bahan kepada PAS dalam memperbaiki semula persepsi mengenai prestasi buruk parti itu sepanjang sepenggal memerintah negeri Terengganu.

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.