Perlukah Razif Bersungguh Bantu Rohingya?

Rohingya berada beribu batu dari kita. Rohingya bukan masalah utama kita, kenapa kita perlu bersungguh sangat sehinggakan abaikan rakyat kita sendiri?

Perlukah rakyat Terengganu memberi focus yang melampau kepada membantu Rohingya atau masyarakat Islam yang lain. Dulu kita juga yang membantu pelarian Vietnam dan Kemboja dan sekarang kita pula kena fokus membantu mereka?

Memang tidak dapat dinafikan Razif, Menteri Besar Terengganu adalah seorang yang perihatin kepada kesusahan insan lain dan beliau juga banyak membantu rakyat Terengganu mangsa banjir atau bencana apa sekali pun namun perlukah beliau bantu Rohingya?


Malam esok Razif menjemput seluruh rakyat Terengganu berhimpun untuk menyatakan keperihatinan Terengganu terhadap masalah Rohingya.

Kalau kami berhimpun untuk hapuskan GST tidak pula mereka nak datang!

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.