Kerjasama PAS-UMNO, Hadi Klukk Klekk


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang kini menunggu keputusan presiden parti Dato' Seri Abdul Hadi Awang sama ada bekerjasama dengan UMNO ataupun dalam pilihanraya umum ke-14 nanti.

Ahli PAS seluruh negara tertanya-tanya akan keputusan kepimpinan PAS pusat dan PAS perlu menyatakan dengan beberapa segera jawapan kepada UMNO atau terus bersendiraan menghadapi pakatan harapan (PH) dan Barisan Nasional(BN) dalam pilihanraya.

Umum mengetahui bahawa PAS kini tidak banyak menyerang UMNO dan Najib Razak kerana ada sesuatu yang membuatkan meraka membisu sehingga hari ini dengan pelbagai alasan yang tidak munasah.

Kebelakang ini banyak kepimpinan PAS cuba bermesra dengan pemimpin UMNO dalam beberapa program anjuran UMNO diperingkat pusat atau negeri-negeri.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pengarah piliharaya PAS Dato' Mustafa Ali minggu lalu telah menyarankan agar PAS segera membuat keputusan bekerjasama dengan UMNO demi melihat kelangsungan politik PAS masa akan datang.

Beliau berkata demikan setelah melihat beberapa kerjasama dan hala tuju PAS kini satu aliran dengan apa yang dibawa oleh UMNO selama ini dan bukan lagi menganggap UMNO musuh politik kekal selamanya.

Mustafa yang juga Penasihat kepada Presiden Pas bagaimanapun mengakui, perkara yang dibangkitkannya dan tidak pernah dibincangkan secara rasmi dengan mana-mana pihak dalam parti itu.

Dari  itu PAS perlu melihat sejarah pilihan raya sebelum ini ketika mereka bersendirian dan sejarah ketika berada dalam gabungan parti politik pembangkang.

Semalam juga dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Fan Page FB milik presiden PAS telah mengesah sikap kluk klek Hadi yang masih bersikap tarik tali dalam isu kerjasama dengan UMNO.

Katanya, Majlis Syura Ulama, Dewan Harian, AJK PAS Pusat menentukan keputusan secara jama’ie (kolektif) dan Muktamar yang melibatkan akar umbi bagi membuat keputusan yang besar, supaya PAS bukan parti milik seorang atau kumpulan tertentu sehingga terkeluar daripada konsep dan adab berjemaah. 

PAS berpengalaman secara bersendirian, kerajaan campuran dan bekerjasama dengan semua pihak dengan berbagai pendekatan, bukan sekadar satu, dua, tiga dan empat pendekatan, bahkan lebih daripadanya.


No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.