Bantu Rohingya, Bala Banjir Awal di Kuala Nerus

Terengganu mula di landa banjir, apa yang lebih mengejutkan ia berlaku di Daerah Kuala Nerus, kawasan Ahmad Razif, Menteri Besar Terengganu, ini merupakan satu malapetaka menunjukkan UMNO bakal berkubur pada PRU14.

Menurut sumber terdekat, 30 mangsa yang terlibat di Kampung Mengabang Telung hanya berpeluk tubuh menunggu bantuan daripada pihak berwajib, yang hanya mengambil tindakan apabila mangsa sudah dalam keadaan bahaya pagi tadi bagi proses pemindahan.

Di mana APMN, Bomba, Jabatan kebajikan Masyarakat dan agensi Kerajaan yang sepatutnya membantu dalam kes ini, mereka sepatutnya menjadi pengerak hadapan apabila berlaku pemindahan mangsa-mangsa banjir.



Ini menunjukkan pengurusan Kerajaan negeri di bawah UMNO gagal dalam pengurusan dan rakyat menderita menjadi mangsa, pru 14 rakyat perlu menilai yang mana kaca atau permata.

Malam tadi khabarnya Razif sibuk membantu Rohingya. Malulah dengan Pulau Pinang yang peka dengan mangsa tragedi tanah runtuh tempohari.

Nasiblah mung Razif, awok-awok mung malas, mung yang kena!

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.